Sunday, 27 November 2016

Industri Francais Di Malaysia

1.0 PENGENALAN

Pada masa kini, perniagaan berbentuk francias telah diterima oleh kebanyakan Negara sebagai pemangkin utama dalam sektor pembangunan Industri Kecil Serdahana (IKS). Francias berasal dari bahasa Anglo-French iaitu kata dasar “Franc” atau “Franchising” yang bermaksud percuma . Industri francais merupakan satu industri yang sangat berpotensi besar dalam menyumbang kepada kepesatan pertumbuhan ekonomi negara. Industri francais telah mencatatkan pertumbuhan yang sangat positif walaupun sesetengah negara dilanda krisis ekonomi dunia.

Walaupun industri francais mempunyai potensi untuk menyumbang kepada ekonomi negara, usaha pembangunan industri francais di Malaysia masih menghadapi pelbagai cabaran; antaranya adalah kurangnya kefahaman terhadap sistem perniagaan francais dan potensi serta manfaat di kalangan orang awam, usahawan secara umum dan usahawan francais secara khususnya. Selain itu tuan punya perniagaan digelar ”Francaiser” (Franchiser) dan peniaga yang menggunakan model perniagaan Francaiser digelar, ”Francaisi” (Franchisee).

Perniagaan francais juga merupakan suatu pendekatan yang membuka jalan termudah bagi seseorang individu atau syarikat untuk menceburi dalam bidang perniagaan. Perniagaan francais meliputi semua jenis perniagaan berangkaian yang memenuhi ciri asas 3S iaitu sistem (system), pengkhususan (specialization), dan piawaian (standardization). 

Program Pembangunan Francais yang diperkenalkan pada tahun 1993, di bawah Unit Pelaksanaan dan Penyelarasan Jabatan Perdana Menteri kini merupakan salah satu sumber ekonomi negara yang mampu memberikan nilai tambah ke arah merealisasikan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10). Untuk memastikan pertumbuhan pesat industri francais Malaysia berkembang sejajar dengan Wawasan 2020, terdapat beberapa program yang dilaksanakan bagi memastikan cabang ekonomi ini berjalan dengan lancar. Model Baru Ekonomi dan Program Transformasi Ekonomi merupakan isu wajar dan cabaran dalam menjayakan perniagaan francais di negara ini. Pelan Induk Pembangunan Francais Nasional adalah bertujuan untuk menetapkan hala tuju strategik yang menyeluruh bagi membangunkan sektor industri francais di Malaysia.

Bahagian Francais dan Vendor telah diwujudkan pada 8 Mei 1999 serentak dengan penubuhan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) yang dahulunya dikenali sebagai Kementerian Perusahaan Awam. Bahagian ini mempunyai dua unit iaitu Unit Francais dan Unit Vendor. Unit Francais (Program Pembangunan Francais) merupakan unit yang dipindahkan dari Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri. Sementara Unit Vendor (Program Pembangunan Vendor) pula adalah dari Kementerian Perdagangan Antara Bangsa dan Industri (MITI).Perpindahan kedua-dua program tersebut adalah selaras dengan tujuan penubuhan MECD untuk memenuhi keperluan dasar kerajaan dalam mempercepatkan pencapaian matlamat mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).

            Pada 09 April 2009, Kementerian Pembangunan Usahawan (MECD) telah dibubarkan dan fungsi Bahagian Pembanguan Francais telah dipindahkan ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang kemudiannya ditukar kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

            Bagaimanapun, Persatuan Francais Antarabangsa (IFA) mendefinisikan francais sebagai satu usaha hubungan kontrak antara francaisor dan francaisi. Iaitu Francaisor diwajibkan memberi penyelian dan bimbingan dalam menjalankan dan menjaga perniagaan francais berjalan dengan baik. Manakala francaisi pula hendaklah membuat bayaran berupa laburan dalam jumlah tertentu. Setiap yang dilakukan adalah mesti mendapat keberan dalam menggunakan jemana atau nama produk tersebut yang di bawah kawalan pihak francaisor.
  
2.0 SEJARAH PEMBANGUNAN FRANCAIS PADA PERINGKAT GLOBAL DAN MALAYSIA.

2.1 Peringkat Malaysia

Pada tahun 1992, kerajaan telah memperkenalkan Program Pembangunan Francais. Ini adalah salah satu sumber ekonomi negara yang mampu memberikan nilai tambah ke arah merealisasikan Rancangan Malaysia ke – 9 (RMK9). Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), telah mengambil langkah inisiatif dengan menyediakan satu Pelan Induk Pembangunan Francais Nasional (PIPFN). Ianya diwujudkan bagi memeberi penerangan yang lebih teliti dalam pengedalian perniagaan secara francais ini. Terdapat tujuh staregik utama iaitu promosi, program pekej khas, latihan, pembiayaan, pembangunan produk, jaringan strategik, pembangunan dan penyelidikan.

Pada era 1990-an, Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir mendapat peluang untuk merealisasikan pandangannya terhadap konsep francais ini.  Atas matlamat untuk mendedahkan orang Melayu dalam dunia perniagaan dan dunia korporat, Tun Mahathir melihat landasan yang baik disediakan untuk itu dalam konsep Francais. Tun Mahathir percaya sistem Francais merupakan satu sistem yang cepat dan berkesan untuk mengembangkan perniagaan. Ia juga satu sistem yang berkesan untuk menurunkan ilmu dan kemahiran dalam dunia perniagaan. Segala keupayaan itu diturunkan dari usahawan yang berjaya dan terbukti dalam perniagaannya kepada usahawan lain yang baru dan kurang pengalaman.

Kemudiannya pada tahun 1992, Jabatan Perdana Menteri telah mewujudkan Franchise Development Program (FDP). Tujunnya adalah untuk membantu mengembangkan industri ini, memberikan latihan dalam bentuk seminar dan menyediakan pakej pembiayaan khas untuk Bumiputera yang berminat menceburi sistem francais.

 Di Malaysia, perniagaan francais mula berkembang kira – kira 60 tahun yang lalu menerusi syarikat – syarikat seperti perhotelan, stesen – stesen minyak, minuman ringan dan barangan automobil. Menurut Ab.Aziz Yusuf (2003) di Malaysia, selain itu SINGER adalah merupakan syarikat pertama yang telah memasuki pasaran francais ke negara ini iaitu pada tahun 1946. Selepas itu perniagaan francais ini lebih ketara apabila restoran – restoran dan kedai makanan segera seperti seperti KFC, McDonald dan A&W mula bertapak di negara ini sekitar tahun 70 – an dan awal 80 – an. Perniagaan francais mula mendapat perhatian dari masyarkat Malaysia pada awal tahun 1990. Ini telah menyebabkan kerajaan mula memberi perhatian bagi memberi manfaat kepada usahawan – usahawan yang ingin memulakan perniagaan francais ini.
               
Selain daripada itu, Persatuan Francais Malaysia (MFA) telah ditubuhkan pada tahun 1994 dimana ianya menyokong perlaksanaan program kerajaan untuk menggalakkan pembanguan dalam sektor perniagaan francais. MFA juga menjadi tempat para francaisor, francaisi, serta orang ramai serta media membuat rujukan terhadap sistem ini. Dengan ini ianya adalah pemakin bagi menjayakan kemajuan dalam perniagaan francais di negara ini.

2.2 Peringkat Global

Berdasarkan kajian Persekutuan Francais Eropah pada tahun 1998, terdapat 3,888 sistem francais di 13 negara Eropah yang menjadi ahli persekutuan tersebut, dengan bilangan outlet menjangkau 167,432 unit dan menyumbangkan nilai jualan tahunan sebanyak kira-kira RM400 bilion. Manakala di Jepun, terdapat 890 sistem francais dengan lebih 190,000 francaisi dengan nilai jualan kira-kira RM375 bilion setahun.

Sementara itu Australia mempunyai 747 sistem francais dengan 46,100 francaisi dan nilai jualan tahunan kira-kira RM153 bilion. Di New Zealand yang mempunyai hanya kira-kira 4 juta penduduk, terdapat 250 sistem francais dengan bilangan francaisi di sekitar 5,000 dan menyumbangkan nilai jualan sebanyak RM13 bilion setahun , diikuti Singapura mempunyai bilangan sistem francais yang hampir sama dengan New Zealand dan kerajaan negara berkenaan menerusi Lembaga Produktiviti dan Piawaian telah membantu membangun dan melancarkan 56 produk francais tempatan baru yang mewakili 460 outlet francais di seluruh negara tersebut.

Sehingga kini, terdapat 603 jenama francais di Malaysia, dan 6,000 francaisi di seluruh negara. Kebanyakan jenama yang terlibat di dalam industri francais adalah produk makanan dan minuman, terutama sekali makanan ringan dan pencuci mulut seperti Tutti Frutti dan Secret Recipe. Old Town White Coffee pula adalah jenama utama di dalam francais kopitiam, iaitu segmen sub di bawah sektor makanan dan minuman. Francaisi hanya perlu melabur di dalam jenama yang telah dicuba dan diuji di dalam pasaran. Ini bermakna mereka mengalami risiko yang lebih kecil.

Sejarah pembangunan francais peringkat global telah berkembang sekitar 1850 – an dan mula berkembang pada tahun 1950 -an serta 1960 – an di Amerika Syarikat. Maltamat utama sistem francais ini adalah supaya barangan yang dikeluarkan dari satu kawasan dapat diedar dan di jual ke seluruh kawasan yang lain pula. Sistem francais dianggap menjadi satu penemuan global yang inovatif dalam strategik pemasaran yang melangkaui keperluan penggunaan dan sempadan negara.

Terdapat beberapa syarikat yang terkenal sekitar 1950 – an  seperti McCormick Harvesting Machine Company dan SINGER Sewing Machine Company yang telah memulakan perniagaan francais yang menjual dan mengedar mesin jahit ke seluruh Amerika Syarikat pada ketika itu. SINGER  telah menggunakan cap dagang sebagai produk dalam perniagaan mereka. Manakala perniagaan francais  terawal dalam produk pengeluaran makanan segera adalah A&W Root Beer yang dimiliki oleh Howard Deering Johnson dan Reginald Spragu pada tahun 1935. Ikuti pula oleh McDonald oleh Ray Kroc pada tahun 1955.

3.0 KEPENTINGAN INDUSTRI FRANCAIS TERHADAP PEMBANGUNAN EKONOMI DAN SOSIAL 

3.1 Kepentingan Industri Francais Terhadap Ekonomi

Perkembangan perniagaan francais memberi pelbagai manfaat kepada sesebuah negara, terutamanya dari segi ekonomi. Jika dilihat dari sudut ekonomi, situasi ini akan membantu merangsang lagi pertumbuhan perniagaan dengan mewujudkan usahawan-usahawan tempatan yang akan menawarkan produk yang berjenama. Melalui sistem francais juga satu transformasi kepakaran, teknologi dan idea-idea baharu akan diperoleh oleh usahawan yang akan membantu pertumbuhan ekonomi setempat. Selain itu, senario ini akan menggalakkan perdagangan antarabangsa sekali gus menyumbang kepada pertukaran mata wang negara di samping membuka peluang-peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

Perniagaan francais secara langsung mampu memberi sumbangan yang positif terhadap pertumbuhan ekonomi negara. Menurut Utusan (2014), pada ketika ekonomi negara berada pada landasan yang kukuh, permintaan domestik telah memainkan peranan penting di dalam pertumbuhan ekonomi. Sejak 20 tahun yang lalu, kerajaan sentiasa menggalakkan usahawan tempatan khususnya bumiputera untuk menceburkan diri di dalam bidang francais disebabkan faktor risiko yang boleh dianggap rendah tetapi menjanjikan pulangan yang menguntungkan.

Perkembangan positif ini memberi petanda baik bukan sahaja kepada masa depan pertumbuhan ekonomi negara, bahkan ke arah mewujudkan kehidupan yang lebih selesa dengan menggalakkan keusahawanan terutamanya usahawan kecil dan sederhana, mendekatkan jurang perbezaan ekonomi serta mengurangkan pengangguran.

Pelan Induk Pembangunan Francais Nasional 2012-2016 (PIPFN), telah dilancarkan bagi menetapkan hala  tuju strategik membangunkan industri francais ini supaya ia berdaya saing serta mampu memanfaatkan penggiat industri francais negara. Selain daripada itu, dijangka nilai KDNK Malaysia akan meningkat sehingga sekali ganda kepada 4.3 peratus menjelang 2016 berbeza daripada 2.2 peratus pada tahun 2012. Kenaikan ini dijangka daripada sumbangan industri francais. Selain daripada itu industri francais di Malaysia mempunyai potensi yang tinggi dan berperanan penting dalam menjana ekonomi negara, pada pengumuman Bajet 2015, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan untuk memperuntukkan sehingga RM20 juta kepada industri francais Malaysia khususnya untuk mempergiatkan eksport syarikat francais Malaysia ke luar negara (Dato’ Sri Hasan Malik, 2015).

            3.2 Kepentingan Industri Francais Terhadap Sosial

           

Perniagaan secara francais juga dilihat mampu berkembang dengan pantas melalui rangkaian yang besar dalam tempoh masa yang singkat. Antara lain, industri ini juga mampu merancakkan lagi aktiviti ekonomi negara, terutamanya di dalam bidang peruncitan dan perkhidmatan. Melihat dari aspek pembangunan usahawan, sistem francais mampu melatih usahawan baru yang tidak mempunyai banyak pengalaman untuk menceburi bidang perniagaan secara terus. Pelbagai usaha telah dipergiatkan oleh kerajaan terutamanya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) seperti mengadakan program perintis francais dan juga bekerjasama dengan Persatuan Francais Malaysia (MFA) dalam memberikan khidmat runding dan juga latihan.

Melalui industri ini, selain ianya memberi peluang kepada usahawan muda untuk memulakan perniagaan, ianya juga membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat lain, yang mana setiap pembukaan 1 francais akan memerlukan 6 peluang pekerjaan (PIPFN, 2012). Oleh itu, ianya dapat membantu mengurangkan masalah pengangguran dalam negara.

3.3 Memenuhi Keperluan Masyarakat

Dengan adanya Perniagaan Francais ia dapat memenuhi keperluan masyarakat. Hasil daripada aktiviti-aktiviti perniagaan, iaitu urusan pembelian dan penjualan barangan dan perkhidmatan, para peniaga akan memperolehi keuntungan manakala pihak pembeli dan pengguna pula memiliki barangan dan perkhidmatan yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak mereka.

3.4 Menyediakan Pekerjaan Kepada Masyarakat

Sebahagian besar masyarakat menyara kehidupan mereka melalui pekerjaan yang diperolehi daripada sektor perniagaan.Perkembangan Industri francais di Malaysia membolehkan masyarakat bekerja sebagai peniaga atau sebagai pekerja dalam organisasi perniagaan.Pendapatan yang diterima melalui pekerjaan yang diperolehi daripada sektor perniagaan dapat menyara malah meningkatkan taraf hidup masyarakat.Selain itu, pekerja-pekerja yang kehilangan pekerjaan dan terdesak semasa berlakunya kemelesetan ekonomi boleh beralih kepada perniagaan terutamanya perniagaan secara kecil-kecilan sebagai sumber rezeki yang baru.

3.5 Memahami Pergolakan Perniagaan

Kefahaman terhadap konsep perniagaan francais  akan dapat membantu dan memudahkan lagi individu ataupun organisasi untuk memahami dan mengenal pasti sebarang pergolakan perniagaan semasa. Misalnya, Syarikat A sedang menghadapi masalah kewangan, maka kita boleh mengambil kesempatan ini untuk memiliki syarikat yang berkenaan dengan membeli saham-sahamnya atau tidak.

3.6 Meningkatkan Pembangunan

Dalam usaha untuk menyakin dan menarik pelaburan daripada pelabur-pelabur sama ada pelabur-pelabur asing ataupun pelabur-pelabur tempatan, pihak berkuasa akan cuba memperbaiki kemudahan asas atau infrastruktur seperti jalan raya, bekalan air dan elektrik di sesebuah tempat. Peningkatan prasarana asas ini secara tidak langsung membawa kesan kepada pembangunan kawasan dan masyarakat tempatan yang terlibat dalam perniagaan. 

4.0 TAHAP PEMBANGUNAN INDUSTRI  FRANCAIS DI MALAYSIA

Sejak pertengahan tahun 1993, kerajaan telah menerima pakai pendekatan pembangunan francais sebagai salah satu cara untuk meningkatkan bilangan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) yang merupakan antara agenda terpenting di dalam Dasar Pembangunan Nasional yang menggantikan Dasar Ekonomi Baru.Rentetan daripada itu, satu bahagian khusus yang dikenali sebagai Bahagian Pembangunan Francais telah ditubuhkan di bawah Unit Penyelarasan Perlaksanaan, Jabatan Perdana Menteri. Seterusnya, Program Pembangunan Francais (PPF) telah dilancarkan secara rasminya oleh Perdana Menteri, Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad pada 27 Januari 1994.Oleh yang demikian, dari segi sejarah, penubuhan Bahagian Pembangunan Francais dan pelancaran PPF dibuat sebelum diwujudkan Kementerian Pembangunan Usahawan, yang kemudiannya menjadi penaung kepada kedua-duanya mulai 8 Mei 1995.

Francais juga memungkinkan francaisor menembusi pasaran yang luas dengan lebih cepat dan efektif (termasuk pasaran luar negara) tanpa melibatkan modal yang besar, kerana sebahagian besar pelaburan ditanggung oleh francaisi. Menerusi francais juga, francaisor dapat menikmati rangkaian pemasaran produk dan perkhidmatannya yang lebih besar serta memungkinkan peningkatan pengeluaran dan pengedaran yang lebih pesat. Melalui sistem francais, francaisor juga dapat mengelak daripada mengadakan struktur kakitangan yang besar, termasuk membayar gaji pengurus dan kakitangan cawangan yang ramai. Tempat mereka diganti dengan francaisi-francaisi yang merupakan pemilik dan pengusaha perniagaan mereka sendiri yang pastinya mempunyai motivasi dan semangat juang yang lebih tinggi. Hal ini bermakna francaisor dapat memindahkan sebahagian tanggungjawab menjalankan kajian berdaya maju, pemilihan lokasi, latihan kakitangan, pengiklanan tempatan dan lain-lain kerenah pentadbiran kepada pemilik dan pengusaha tempatan, iaitu francaisi.

5.0 SISTEM SOKONGAN OLEH PIHAK KERAJAAN DAN SWASTA INDUSTRI FRANCAIS DI MALAYSIA

5.1 Sistem Sokongan Oleh Pihak Kerajaan

Selama lebih 40 tahun, tumpuan telah diberikan pada usaha mewujudkan industri francais di Malaysia. Kini, selaras dengan Agenda Pembangunan Negara telah wujud satu keperluan untuk membawa industri francais ke tahap yang lebih tinggi seterusnya menjadikan Malaysia sebagai pusat francais serantau untuk pasaran Asia Tenggara dan Timur Tengah. Oleh yang demikian, satu pelan tindakan yang dinamakan Pelan Induk Pembangunan Francais Nasional (PIPFN) telah disediakan bagi mendokong pembangunan industri francais negara. Sejajar dengan hasrat itu, pada tahun ini industri francais disasarkan akan menyumbang sebanyak RM24 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).         

Perbadanan Nasional Berhad (PNS) sebagai peneraju perkembangan industri francais negara melihat sasaran ini sebagai satu tanda aras yang realistik. Namun, bagi mencapai matlamat ini, industri francais perlu kukuh. PNS dari semasa ke semasa berusaha melaksanakan pengukuhan kualiti secara serentak daripada dalam dan luar organisasi. Antaranya akreditasi Persijilan ISO 9001:2008, pembinaan prasarana canggih berstatus bangunan hijau di Menara PNS, program - program latihan yang bersepadu yang disediakan oleh PNS Academy dan memperkenalkan beberapa model perniagaan francais unik oleh Unit Pemodenan Peruncitan.           

5.2      Sokongan Kewangan
  Insentif dan bantuan kewangan yang disediakan oleh KPDNKK adalah:

5.2.1   Skim Pembiayaan Francais (Spf)

 KPDNKK dengan kerjasama Credit Guarantee Corporation (CGC) telah memperkenalkan SPF, khusus untuk membantu usahawan yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan francais. Jumlah pinjaman maksimum adalah sebanyak RM 7.5 juta. Jumlah pinjaman yang akan  diluluskan adalah bergantung kepada keperluan perniagaan berkenaan. Melalui skim ini, para usahawan boleh mendapatkan pembiayaan menerusi institusi kewangan tertentu yang mengambil bahagian dalam skim ini. Bank-bank Perdagangan Yang Terlibat:

•           CIMB Bank Berhad
•           Maybank Berhad

5.2.2  Dana Bantuan Pembangunan Francais (Dbpf)

DBPF diadakan sebagai insentif bagi menggalakkan usahawan tempatan untuk menukarkan perniagaan konvensional mereka kepada perniagaan francais. Melalui dana ini, perniagaan yang telah berjaya didaftarkan sebagai perniagaan francais (francaisor atau francaisi induk) layak diberikan geran dalam bentuk bayaran balik sehingga 90% dari kos yang digunakan untuk membangunkan sistem francais dengan had maksimum RM100,000.
  
5.2.3 Skim Pembiayaan Kecil Francais (SPKF)

SPKF bertujuan untuk memberi bantuan kewangan kecil (micro-franchising) kepada francaisi tempatan yang berpendapatan kecil dan sederhana dengan pembiayaan maksimum sehingga RM50,000. Skim ini menyediakan pembiayaan perniagaan kepada bakal-bakal usahawan untuk menceburi bidang perniagaan francais secara mikro yang menawarkan satu model perniagaan yang teratur, sistematik dan kurang berisiko.

·         Bantuan kewangan yang disediakan oleh Perbadanan Nasional Berhad (PNS)
·         Pre-Franchise Scheme
·         Skim Francais Eksekutif
·         Skim Pembiayaan Francaisi
·         Franchise Micro Financing Scheme (SPKF)
·         Graduate Franchise Programme

6.0 CABARAN DAN HALANGAN YANG DIHADAPI OLEH FRANCAISI DAN FRANCAISOR DI MALAYSIA

6.1        Modal Yang Diperlukan Amat Tinggi.

Kos untuk mendapatkan hak menggunakan jenama dan bantuan dari francaisor adalah tinggi dan francaisi perlu membayar kos-kos seperti :-

6.1.1   Yuran Francais 

Dimana yuran francais adalah dalam satu jumlah yang besar dan tidak dikembalikan. Francaisi juga perlu membayar kos sewa, deposit, pembelian aset dan pengubahsuaian kedai.

6.1.2   Royalti Bulanan

Royalti dibayar mengikut peratus jualan bulanan. Francaisi perlu membayar royalti walaupun tidak memperolehi keuntungan, walaupun francaisor tidak membantu perniagaan francaisi kerana francaisi menggunakan jenama francaisor tersebut. Di Malaysia, terdapat isu berkenaan bayaran royalti ini di mana agensi kerajaan iaitu Perbadanan Nasional Berhad (PNS) (badan bertindak untuk francais Malaysia) mengarahkan supaya pembayaran royalti tidak lebih dari 5% jumlah jualan bulanan francaisi.

6.1.3   Yuran Iklan

            Yuran iklan yang dibayar digunakan oleh francaisor untuk mengiklankan jenama produk atau perkhidmatan dan untuk menarik lebih ramai francaisi. Tetapi ianya mungkin tidak mempromosikan perniagaan francaisi tersebut. Tambahan, pelaburan modal permulaan perniagaan francais yang besar menjadikan bentuk perniagaan ini lebih eksklusif dan sukar untuk bakal usahawan menceburi dan memasuki pasaran seperti ini.

6.2      Tidak Memberi Kebebasan Kepada Francaisi.

Untuk menjaga keseragaman, francaisor akan mengawal perniagaan francaisi. Kadang-kala, tindakan ini menghalang francaisi untuk bebas berniaga. Berikut adalah beberapa perkara berkaitan perjanjian francais

6.2.1   Pemilihan Lokasi 

Francaisor akan memilih lokasi yang difikirkan sesuai dengan perniagaannya dan lokasi tersebut mungkin tidak sesuai dari sudut pandangan francaisi. Di dalam banyak kes, francaisi akan mencadangkan lokasi kepada francaisor. Francaisor akan melawat lokasi tersebut dan memberi pendapatnya samaada sesuai atau tidak. Jika tidak, Francaisor akan membantu mencari kawasan yang difikirkan strategik.

6.2.2   Hiasan Dalaman & Konsep Perniagaan

Terdapat francaisor yang akan menukar hiasan dalaman dan konsep perniagaan mengikut musim. Jadi, kos renovasi dan pengubahsuaian tersebut mungkin tidak mampu untuk ditanggung oleh francaisi. Kebiasaanya, francaisor akan selalu menukar konsep perniagaan, uniform & sistem komputer.

6.2.3   Kawalan Penjualan Produk Dan Perkhidmatan

Francaisor akan mengawal setiap produk dan perkhidmatan perniagaan francaisi. Jadi, francaisi tidak boleh menjual produk / perkhidmatan selain daripada francaisor. Ada juga kes dimana francaisor menghadkan bilangan stok yang dijual. Misalnya baju saiz S, francaisor hanya membekalkan 10 helai sahaja.
Apabila baju tersebut habis, francaisi menempah dari francaisor tapi francaisor tidak memberi stok yang diminta. Apabila berlaku kes sedemikian, francaisi boleh cuba minta stok dari francaisi lain. Pastikan juga francaisor membenarkan anda mengambil stok dari francaisi lain. Kes seperti ini tidak dinyatakan dalam perjanjian francais. Jadi, francaisi perlu berhati-hati.

6.2.4   Kawalan Dalam Menggendalikan Operasi Perniagaan

 Francaisor mengawal waktu operasi perniagaan, uniform pekerja, iklan serta promosi dan juga prosedur perniagaan. Harga jualan juga dikawal sehingga francaisi tidak dapat memberi diskaun kepada pelanggan. Pengedar juga perlulah dari pengedar yang diluluskan oleh francaisor, walaupun francaisi boleh mendapatkan barang dari pengedar yang lebih murah. Dicadangkan agar francaisi mencari francaisor yang memberi ruang untuk kemukakan idea francaisi sendiri dan memberi kebebasan untuk francaisi berniaga demi perniagaan mereka.

6.2.5   Kawalan Ke Atas Hak Wilayah (Territorial Rights) 

Kawalan ini untuk menggelak daripada bersaing dengan francaisi lain. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menghalang francaisi membuka cawangan lain atau berpindah ke lokasi lain. Francaisor juga ada hak untuk menghalang francaisi membuat website sendiri.

6.3     Keadilan Kepada Perniagaan Francais

Ketiga, keadilan kepada perniagaan francais. Untuk mengkaji syarat dan terma yang dikenakan oleh francaisor dan situasi yang baik ialah kedua-dua pihaknya mendapt situasi yang "win-win". Ini adalah dapat memberikan khidmat bantuan yang professional dalam menilai dokumen-dokumen seperti dokumen penzahiran dan dokumen perundangan.

6.4    Perlu Komitmen Yang Tinggi Daripada Francaisi.

Masalah-masalah itu berlaku akibat francaisi tidak mempunyai pengetahuan dan persediaan yang cukup melibatkan diri dalam perniagaan berkenaan.Kegagalan berlaku berpunca daripada sikap francaisi yang terlalu bergantung kepada francaisor sedangkan untuk berjaya dalam industri itu bukan mudah.  Francaisi bukan sahaja sekadar mempunyai keupayaan untuk mengeluarkan modal semata-mata sebaliknya perlu belajar dan memahami selok-belok perniagaan yang bakal diceburi.Francaisi perlu memenuhi pengetahuan dari aspek kewangan, simpanan, komitmen, kemampuan dari mental dan fizikal, memiliki kepercayaan kepada produk serta sentiasa menjalankan penyelidikan.

6.5     Penjualan Produk Yang Ditetapkan Sahaja.

Penglibatan serta penerusan pihak francaisi dalam perniagaan francais adalah tertakluk kepada peraturan dan sistem pengoperasian perniagaan yang telah ditetapkan oleh pihak francaisor. Ini secara tidak langsung akan menyekat tahap daya kreativiti dan inovasi francaisi terutamanya dalam aspek pengendalian perniagaannya.

6.6   Penamatan Kontrak

Francaisor boleh menamatkan kontrak sekiranya francaisi gagal membayar royalti, gagal menunjukkan prestasi yang menguntungkan dan lain-lain sebab yang munasabah. Segala pelaburan francaisiakan hilang apabila kontrak tamat. Di Malaysia, setiap perjanjian francais adalah untuk 5 tahun. Adalah dinasihatkan francaisi untuk memastikan pulangan modal francaisi tidak sampai 5 tahun.Maksudnya, dalam tempuh 5 tahun pastikan anda mendapat semula pelaburan anda.

6.7   Pembaharuan Kontrak

Pembaharuan kontrak tidak berlaku secara otomatik. Segala terma dan syarat mungkin akan berubah. Antaranya kenaikkan kadar bayaran royalti, membuat pengubahsuaian kedai, menggurangkan hak wilayah dan kawalan atas jualan. Semua pembaharuan ini berkemungkinan untuk memberi peluang kepada francaisi lain.

7.0 MASA HADAPAN INDUSTRI FRANCAIS DI MALAYSIA

Masa depan industri francais di Malaysia menunjukkan perkembangan yang baik setakat ini dengan banyak kemajuan yang memberansangkan daripada pihak francaisor dan francaisi. Dalam 10 tahun yang lepas ( RMK-8 dan RMK-9 ), tumpuan telah diberikan kepada usaha mewujudkan industri francais. Akhirnya telah wujud Pelan Induk Pembangunan Francais Nasional ( 2012-2016 ) yang merangka perancangan untuk menaik taraf perniagaan francais. Karajaan telah mensasarkan sebanyak 9.4 peratus kepada Keluaran  Kasar Dalam Negara ( KDNK ) menjelang tahun 2020 dan menjadikan <alaysia sebagai hab francais terkemuka di rantau ini selain menjadi asas yang kukuh dalam pasaran Timur Tengah. Pelbagai program dan skim telah dilancarkan dan dijalankan untuk merancakkan pertumbuhan industri ini.

Perkembangan perniagaan francais semakin meningkat setelah diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamed pada tahun 1992. Banyak syarikat mula melibatkan diri dalam perniagaan francais ini. Perkembangan yang positif ini memberi pertunjuk yang positif kepada pertumbuhan ekonomi negara tetapi juga mewujudkan kehidupan yang lebih selesa kepada usahawan, terutama kepada usahawan kecil untuk menceburi perniagaan francais ini.

Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak kerajaan untuk memantapkan industri francais ini. Antaranya ialah untuk meningkatkan daya saing, melakukan transformasi dalam menjalankan perniagaan, di samping membangunankan modal insan serta koordinasi di anatara agensi di bawah KPDNKK seperti PNS dengan Bahagian Pembangunan Francais Malaysia (MFA). Pelbagai latihan telah dilakukan bagi memantapkan industri ini dengan penganjuran pelbagai kursus di Akademi PNS dan Maktab Koperasi Malaysia. Malaysia mensasarkan untuk menjadikan negara ini sebagai Hub yang terpengaruh di rantau Asia Tenggara dan Asia tengah.

RUJUKAN






Friday, 25 November 2016

Tourism Malaysia - Malaysia Truly Asia Song With Lyric

Industri Pelancongan Di Malaysia

1.         PENGENALAN
Sektor pelancongan adalah merupakan salah satu daripada dua belas Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) yang telah dikenalpasti sebagai penyumbang utama kepada ekonomi Malaysia. Keupayaan di dalam industri pelancongan telah terbukti di mana negara telah dinobatkan sebagai antara sepuluh destinasi pelancongan terkenal di dunia. Kerajaan akan meneruskan usaha untuk membawa sektor pelancongan dan kebudayaan ke peringkat yang lebih tinggi. Hal Ini adalah selaras dengan aspirasi negara di bawah Malaysia Tourism Transformation Plan yang mensasarkan kedatangan seramai 36 juta pelancong dan menjana pendapatan sebanyak RM168 bilion pada tahun 2020.
Sektor pelancongan menfokuskan projek pelancongan yang mendatangkan hasil yang lumayan serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara terutama dalam meningkatkan peluang-peluang pekerjaan yang berasaskan Pembangunan hotel, Projek pelancongan yang dirangka adalah digalakkan selaras dengan usaha untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang berdaya saing dan pusat serantau bagi perdagangan dan perniagaan.
Industri pelancongan negara telah berkembang dengan begitu pesat sekali. Sektor ini juga dijangka akan terus berkembang pada masa depan. Dewasa ini, walaupun banyak destinasi pelancongan lain yang pelbagai telah dibangunkan, namun keunikan Malaysia sebagai kawasan yang wajib dilawati masih menjadi sasaran tinggi dalam pelancong.

2.         PEMBANGUNAN INDUSTRI
Jabatan Pelancongan mula ditubuhkan di bawah Kementerian Perdagangan Malaysia pada tahun 1959. Penglibatan sektor pelancongan dalam Rancangan Malaysia Ke-2 1971-1975 telah menekankan peri pentingnya peranan yang dimainkan industri pelancongan dalam ekonomi Negara.
Akta Perbadanan Kemajuan Pelancongan Malaysia 1972 telah diluluskan oleh Parlimen dengan persetujuan Diraja. Dengan kelulusan ini, Perbadanan menjadi sebuah badan berkanun. Menteri Perdagangan dan Perindustrian akan melantik Ahli-ahli Lembaga Pengarah yang bertanggungjawab untuk menjalankan Perbadanan dan pentadbiran am. Garis-garis panduan yang ditetapkan oleh Perbadanan adalah seperti memperkenalkan Malaysia dalam pasaran antarabangsa dan serantau, menambahkan bilangan perjalanan antara negeri oleh rakyat Malaysia sendiri bagi menggiatkan lagi perkembangan pelancongan dalam negeri, terlibat dalam proses pembangunan fizikal industri pelancongan dan menjalani tugas-tugas yang berkaitan dengan pelancongan antarabangsa dan serantau.
Disamping itu, dalam Rancangan Malaysia ke-6 (RMK-6: 1991-1995), kerajaan berkolaborasi dengan pihak-pihak swasta untuk membangunkan produk-produk baru. Pada tahun 1994, kerajaan telah melancarkan Tahun melawat Malaysia 1994 dengan menawarkan 170 program dan acara yang merangkumi kebudayaan, kesenian, kraftangan, perayaan kebangsaan, pameran, sukan dan konvensyen. Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan. Pameran Maritim dan Udara (LIMA) dan Kejohanan Lumba Basikal Le Tour de Langkawi adalah contoh aktiviti tersebut. Aktiviti-aktiviti seperti ini perlu mempunyai perancangan yang teliti supaya dapat dijalankan sepanjang masa dengan promosi yang lengkap dan meluas. Hal ini, dapat menarik kedatangan pelancong dari seantero dunia dan membuktikan bahawa Malaysia cemerlang dalam bidang pelancongannya. Dalam usaha mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan pilihan dunia, yang selari dengan slogan "Malaysia, Truly Asia". Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia menyediakan kemudahan pembiayaan pinjaman Dana Pelancongan iaitu Tabung Pembangunan Infrastruktur Pelancongan. Tujuan Dana ini adalah untuk membantu pengusaha yang ingin membangunkan atau mengembangkan produk-produk pelancongan. Sebagai contoh, tembikar dan lain-lain lagi yang boleh dijadikan cenderamata kepada pelancong yang melawat ke sesebuah kawasan di Malaysia.
Pembangunan dalam industri pelancongan ini mendatangkan lima faedah utama kepada sesebuah negara. Antara faedah yang diperolehi adalah sumbangan kepada imbangan pembayaran negara, pembangunan kawasan bukan perindustrian, kewujudan peluang pekerjaan, pembangunan sosial seterusnya meningkatkan pendapatan kepada keseluruhan ekonomi menerusi impak berganda.
Galakan cukai diberi kepada pengusaha pelancongan yang mengendalikan pakej pelancong domestik yang mengendalikan pakej pelancongan dalam Malaysia dengan bilangan yang ditetapkan untuk tempoh setahun boleh membuat permohonan kepada Kementerian Pelancongan untuk sokongan bagi pengecualian cukai daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Tarikh kuatkuasa permohonan pelepasan cukai adalah mulai tahun taksiran 2016 hingga tahun taksiran 2018.
Tertubuhnya Perbadanan Pelancongan Malaysia (TDC) pada Ogos 1972, sebagai sebuah badan berkanun yang dipertanggungjawabkan untuk memajukan sektor pelancongan dan rekreasi negara menunjukkan Industri pelancongan mulai diberikan perhatian serius. Hal ini demikian kerana, sebelum itu, pihak kerajaan lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur dan memfokuskan kepada tahap kestabilan negara. Persidangan Kesatuan Pelancongan Kawasan Pasifik (PATA) di Kuala Lumpur pada tahun 1972, telah membuka laluan yang lebih luas kepada industri pelancongan. [1] Pada  tahun  1986,  Perdana  Menteri,  Y.A.B  Dato’  Seri  Dr.  Mahathir  dalam  ucapan  perasmiannya  menyatakan  bahawa  untuk  membangunkan  industri  pelancongan  kerajaan  setiap  negara  hendaklah  bertanggungjawab  menjamin  kestabilan  politik  dan  mengenakan  peraturan  minimum  untuk  pelawat-pelawat  asing  supaya  lebih  ramai  pelancong  berminat  mengunjungi  negara  mereka.  Perasmian  Persidangan Tahunan Persatuan  Pelancongan  Kawasan  Pasifik  ini  merupakan  kali  kedua  diadakan  di  Malaysia  sejak  1972.
Penubuhan Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan telah dilaksanakan pada tahun 1987. Kementerian tersebut seterusnya dinaiktarafkan kepada Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia pada tahun 1990. Dengan penubuhan kementerian ini, ia dapat merancakkan lagi pembangunan dalam industri pelancongan (Marzuki A., 2010).
Melalui kejayaan Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1990, ia membawa kepada peningkatan sumbangan terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) walaupun selepas kegawatan ekonomi pada tahun 1997 dan 1998 dengan cara menggalakkan aliran masuk wang ke dalam negara dan mengurangkan aliran keluar mata wang negara seterusnya memulihkan krisis ekonomi negara. Pelbagai inisiatif telah diambil kerajaan untuk mempertingkatkan kemudahan-kemudahan asas yang berkaitan dengan industri pelancongan.
Pembangunan industri pelancongan di negara ini pada masa kini telah mencapai pada tahap yang boleh dibanggakan. Peningkatan dalam industri ini adalah dibantu oleh kemudahan yang telah disediakan oleh kerajaan.
Konsep pelancongan yang telah lama wujud dalam bentuk ‘matahari-laut-pemandangan’ atau “3S” (sun-sea-scenery) masih menjadi tumpuan utama tarikan pelancong, walaupun terdapat banyak langkah diambil untuk memaju dan mempromosikan potensi pelancongan bentuk lain seperti ‘eco-tourism, agro-tourism, geo-tourism, archaeotourism, education-tourism, health-tourism’ dan banyak lagi untuk mempelbagaikan destinasi pelancongan. Sektor pelancongan di negara ini juga giat memajukan beberapa aspek yang berkaitan dengan keperluan industri ini, umpamanya mempertingkatkan keupayaan tenaga kerja dalam sektor ini melalui latihan; pembangunan produk pelancongan seperti mempromosikan Malaysia sebagai destinasi peranginan bukit dan pulau, destinasi membeli-belah, dan upacara-upacara bertema. Promosi juga giat dijalankan untuk pelancongan sukan dan rekreasi, pelancongan ekologi, pelancongan pertanian dan program tinggal di rumah angkat, pelancongan budaya dan warisan, dan pelancongan pendidikan serta kesihatan. Malahan pihak kerajaan dan sektor swasta juga mengambil langkah mempertingkatkan kemampuan negara sebagai destinasi pameran, mesyuarat dan persidangan melalui pelbagai insentif.
Pelancongan pinggir pantai telah dikenalpasti sebagai salah satu daripada empat jenis pelancongan utama (United Nations. 1995). Bagaimanapun, seperti lain-lain bentuk pembangunan, pelancongan juga mempunyai batas-batas tersendiri terutamanya dalam konteks kemampuan sesuatu destinasi untuk menarik serta menampung kedatangan pelancong. Kawasan pinggir pantai menjadi tumpuan utama kerana faktor-faktor keunikan kawasan pinggir pantai tersendiri. Kawasan pinggir pantai di Malaysia mempunyai daya tarikan pantai yang indah, terumbu karang, pulau dan sinaran matahari sepanjang tahun, menjadi sebagai salah satu daripada kawasan yang mempunyai kemampuan untuk memenuhi permintaan untuk tujuan pembangunan pelancongan, rekreasi dan peranginan. Terdapat beberapa tempat yang menarik yang mampu menjadi tarikan pelancong dan juga untuk tujuan pembangunan pelancongan. Contoh Pulau Hentian, Bukit Tinggi, Gunung Kinabalu dan lain-lain yang terdapat di Malaysia. Tarikan pelancong bukan hanya bergantung pada pantai dan persekitarannya, tetapi juga disebabkan keunikan terumbu karang, dan paya bakau yang kaya dengan kepelbagaian flora dan faunanya. Alam semulajadi yang indah, unik dan pelbagai seperti hutan hujan tropika, iklim dan cuaca yang tidak melampau, banjaran gunung, pulau dan pantai yang cantik dan fauna merupakan antara tarikan kekuatan yang dimiliki di Malaysia.

3.         KEPENTINGAN DAN SUMBANGAN INDUSTRI PELANCONGAN TERHADAP PEMBANGUNAN EKONOMI NEGARA.
Apabila Tahun Melawat Malaysia telah diisytiharkan oleh kerajaan pada tahun 1990, ia memperlihatkan usaha kerajaan didalam memberikan perhatian terhadap industri pelancongan yang berpotensi untuk memajukan negara. Statistik bilangan pelancong yang datang ke Malaysia semakin meningkat saban tahun. Justeru itu, usaha mempromosikan Malaysia terhadap pelancong asing merupakan usaha yang memberikan kebaikan kerana industri pelancongan di negara ini dan mempunyai kepentingan dan sumbangannya yang tersendiri terhadap pembangunan ekonomi negara.
Mathieson & Wall (1982), mengatakan bahawa pelancongan melibatkan pergerakan sementara manusia kepada destinasi di luar tempat kerja biasa dan tempat tinggal. Antara industri yang terbesar dan paling menguntungkan sejak beberapa dekad yang lalu. Industri ini mampu menjana ratusan industri lain yang bergantung sama ada secara langsung ataupun tidak langsung dengannya dan mewujudkan jutaan pekerjaan dan pembahagian pendapatan. Industri pelancongan, umpamanya akan melibatkan industri pembinaan, perhotelan, pengangkutan, industri pembuatan, industri makanan dan pelbagai industri perkhidmatan yang lainnya. Langkah memajukan ekonomi seiring dengan proses globalisasi telah mendorong banyak negara untuk membangunkan sektor pelancongan untuk mempertingkatkan kemasukan mata wang asing.
Kepentingan industri pelancongan di negara ini amat jelas berdasarkan sokongan yang diberikan oleh kerajaan terhadap sektor ini. Semasa Rancangan Malaysia ke-7, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM 605.5 juta untuk pembangunan pelancongan (Jadual 2), dan untuk Rancangan Malaysia ke-8 kerajaan telah memperuntukkan lebih daripada RM satu bilion, iaitu pertambahan hampir 67 peratus daripada peruntukan sebelumnya.



Salah satu kepentingan utama industri pelancongan ialah menyumbang kepada pendapatan negara. Kehadiran pelancong membawa kepada pertumbuhan dan pendapatan negara.  Pelancongan menjadi penggerak utama tukaran mata wang sesebuah negara dan  memperolehi kadar pulangan tukaran mata wang yang tinggi. Setiap pelancong yang berbelanja untuk kemudahan asas ketika melancong akan menambahkan pendapatan negara dan dapat digunakan untuk pembangunan ekonomi dan kemudahan-kemudahan pelancongan di negara ini.
Industri pelancongan juga membuka peluang pekerjaan yang lebih luas. Industri pelancongan memerlukan tenaga kerja dalam bidang yang berkaitan seperti pekerja hotel, pemandu pelancong, peniaga makanan dan minuman, peniaga dan pembuat barangan kraf tangan dan sebagainya. Oleh itu, kekosongan pelbagai jawatan akan terbuka luas.
Kegiatan pelancongan yang aktif akan memudahkan kerajaan dalam menarik minat pelabur asing untuk melabur di negara ini. Disamping menarik pelabur untuk melabur dalam bidang pelancongan, industri ini juga dapat menarik pelabur untuk melabur dalam bidang-bidang lain seperti pengangkutan, pembuatan makanan, pembinaan dan sebagainya

4.         HALANGAN/ CABARAN INDUSTRI PELANCONGAN
Pelbagai tragedi yang berlaku terhadap Malaysia pada tahun 2014 telah memberi kesan buruk terhadap industri pelancongan Negara. Cabaran ini dilihat telah mengugat jumlah kedatangan pelancong dan penjanaan hasilnya sepanjang tahun 2014, namun usaha keras yang dimainkan oleh Kementerian Pelancongan terutamanya melalui Tourism Malaysia, telah meningkatkan keyakinan pelancong dari lain-lain negara selain China, untuk terus memilih Malaysia sebagai destinasi pelancongan mereka.
Rentetan daripada tragedi tersebut, negara telah menyaksikan penurunan jumlah kedatangan pelancong dari negara China disebabkan oleh kepercayan mereka yang terjejas terhadap keselamatan negara ini. Penurunan ini dapat dibuktikan dengan pasaran China yang menurun sebanyak 11.8% bagi tempoh awal kejadian iaitu Januari hingga Julai tahun 2014 berbanding tempoh sama pada tahun 2013. Sehingga akhir tahun 2014, kemerosotan ini masih juga berlaku dengan penurunan sebanyak 9.9 peratus. Perkara ini adalah sangat membimbangkan keranan pelancong dari negara China adalah merupakan antara yang teratas statistik jumlah pelancong yang tertinggi di Malaysia.
Industri ini berdepan dengan pelbagai cabaran yang dilihat telah menggugat jumlah kedatangan pelancong dan penjanaan hasilnya sepanjang tahun 2014. Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata sehingga April lepas, sebanyak 76 penerbangan berjadual dan sewa khas dari China ke Kota Kinabalu telah dibatalkan. MAS telah membatalkan 10 penerbangan berjadual dari Shanghai-Kota Kinabalu, manakala syarikat penerbangan China, Southern Airlines membatalkan 22 penerbangan berjadual dari Shenzen-Kota Kinabalu, Penerbangan tambang murah Spring Airlines pula membatalkan 44 penerbangan dari Shanghai ke Kota Kinabalu.
Bagi mengimbangi kekurangan pelancong China ke negara ini, kementerian telah menggariskan strategi jangka pendek melalui Tourism Malaysia dengan mempertingkatkan promosi di pasaran jarak sederhana. “Kementerian telah meningkat kempen di negara-negara seperti Thailand, Singapura, Indonesia, Brunei, Filipina, India, Bangladesh, Kuwait, Oman, Qatar, Australia dan New Zealand, selain itu sebuah jawatankuasa pengurusan krisis telah ditubuhkan oleh Tourism Malaysia untuk menangani pasaran pelancongan China selain berinteraksi secara aktif dengan pengusaha industri untuk mengembalikan keyakinan pelancong China ke Malaysia[2]
Usaha-usaha ini terbukti, apabila jumlah pelancong dari negara lain seperti Singapura, Indonesia, Korea dan pelancong-pelancong dari Barat dan Asia Barat dilihat meningkat walaupun selepas insiden kemalangan MH370 dan MH17. Data terkini yang dikeluarkan oleh “Tourism Malaysia”, sehingga Disember 2014, mencatatkan jumlah ketibaan pelancong ke Malaysia telah meningkat sebanyak 6.7 peratus menjadi seramai 27.4 juta pelancong. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa industri pelancongan Malaysia masih berdaya saing. Kempen-kempen yang dijalankan oleh Tourism Malaysia untuk mengembalikan kepercayaan pelancong China, walaupun masih belum membuahkan hasil yang memberangsangkan namun, ianya sedikit sebanyak telah mengorak langkah kearah masa hadapan industri ini yang lebih positif[3].

5.         SISTEM SOKONGAN OLEH PIHAK KERAJAAN DAN SWASTA YANG DITAWARKAN UNTUK PEMBANGUNAN INDUSTRI PELANCONGAN
Potensi industri pelancongan untuk menjadi penjana ekonomi negara hanya dapat direalisasikan jika segala usaha untuk membangun dan memajukan industri pelancongan diberi penekanan yang sewajarnya. Kejayaan yang diterima industri pelancongan bukanlah semata-mata disebabkan oleh kempen dan promosi galakan di dalam dan luar negara. Kejayaan ini juga adalah disebabkan daripada pengalaman pelancong itu sendiri ketika melawat Malaysia. Pelancong-pelancong yang mempunyai pengalaman yang baik ketika melancong ke Malaysia akan turut mempromosikan negara Malaysia sebagai negara yang patut dilawati kepada orang lain (Yahya R., 2009).
Persatuan Pengembaraan Asia Pasifik (PATA) adalah salah satu pertubuhan yang ditubuhkan untuk menyokong aktiviti pelancongan ini. PATA mempunyai pengaruh yang besar dalam industri pelancongan telah mengadakan persidangan tahunannya di Malaysia. PATA memainkan peranan yang penting dalam memulihkan kepercayaan masyarakat dunia terhadap keindahan negara Malaysia melalui pelbagai promosi yang dibuat di seluruh dunia. Pada tahun 1992, PATA telah menggariskan Kod Tanggungjawab Sektor Pelancongan Terhadap Alam Sekitar (KTSPTAS) sebagai panduan perancangan dan pelaksanaan kegiatan pelancongan yang lebih mesra alam di seluruh dunia.
Sistem ‘tagal’ juga merupakan salah satu sistem yang digunakan dalam menyokong industri pelancongan di Malaysia. Sistem tagal adalah satu kaedah pengurusan biosfera yang popular di Sabah. Ia juga dikenali sebagai bombon yang bermaksud jangan dalam bahasa Kadazandusun. Ia merupakan satu kaedah tradisional yang telah diubahsuai menjadi satu sistem pengurusan yang lebih tersusun di bawah pemantauan Jabatan Perikanan negeri Sabah.
Berdasarkan sistem ini, penggunaan sumber semulajadi dihadkan dengan mengaplikasikan zon rizab dan juga limitasi penuaian sumber sungai khususnya. Amalan pengurusan ini juga telah diperluaskan kepada lebih ramai komuniti sekaligus membantu menjadi satu sistem pengurusan yang bukan sahaja untuk pemuliharaan alam sekitar tetapi sebagai sebuah ‘produk’ yang menyumbang kepada ekonomi dan sosial komuniti pelaksana. Ini merupakan salah satu pendekatan dalam utilitarian sumber semulajadi tempatan (Foo J., 2011).

6.         LANGKAH - LANGKAH UNTUK MENDORONG DAN MEMBANGUNKAN INDUSTRI PELANCONGAN
Industri pelancongan perlu digembleng untuk menjadi antara industri yang berdaya saing yang mampu meningkatkan pendapatan KDNK negara. Oleh itu, langkah-langkah untuk mendorong dan membangunkan industri pelancongan perlu diambil sewajarnya.
Langkah melaksanakan pelancongan Pendidikan sebagaimana yang dihasratkan oleh kerajaan didalam mencapai cita-cita untuk meletakkan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan di rantau Asia Pasifik dan atas matlamat itu, perlu dilakukan. Atas perlaksanaan yang dirangka itu, pelbagai kemudahan dan infrastruktur dan kemudahan pendidikan telah diwujudkan. Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta serta program usahasama dengan institut pengajian tinggi di luar negara semakin giat diadakan untuk menarik lebih ramai pelajar asing untuk menyambung pengajian di Malaysia. Kestabilan politik, situasi dalam negara yang aman, kemajuan teknologi dan penyelidikan serta kadar tukaran asing yang rendah dianggap sebagai faktor-faktor yang menjadikan Malaysia persekitaran yang begitu kondusif untuk tujuan pembelajaran. Keharmonian kaum juga membuktikan bahawa masyarakat Malaysia bersedia menerima pelajar dari apa jua latar belakang agama dan budaya.
Selain itu, Agro-pelancongan adalah satu konsep pelancongan yang berkembang pesat kerana Malaysia menawarkan pelbagai aktiviti berkaitan dengan sektor pertanian dan perladangan kepada para pelancong. Malaysia sebagai negara yang kaya dengan hasil pertanian mempunyai hasil bumi yang subur dan pelbagai. Antara aktiviti yang mendapat sambutan dalam agropelancongan ini adalah lawatan ke dusun buah-buah dan ladang ternakan, penyelidikan, homestay dan sebagainya.
Disamping itu, Pelancongan Sukan juga telah membawa Malaysia giat mempromosikan diri sebagai penganjur dan tuan rumah kepada pelbagai kejohanan sukan dan aktiviti rekreasi bertaraf dunia, seterusnya menjadikan Malaysia destinasi utama pelancongan sukan di rantau Asia Pasifik. Penganjuran sukan seperti Sukan Komanwel 1998, Formula 1, Powerboat, Le Tour De Langkawi dan sebagainya adalah sebahagian daripada acara sukan yang mendapat pengiktirafan dunia. Penyediaan kemudahan dan infrastruktur sukan yang lengkap dan canggih menjadikan Malaysia sentiasa bersedia untuk menganjurkan apa jua kejohanan sukan. Kompleks Sukan Negara dan Litar F1 Sepang contohnya adalah infrastruktur sukan bertaraf antarabangsa yang kini menjadi tumpuan acara-acara sukan terkemuka. Malaysia juga dikurniakan dengan alam semulajadi yang bukan sahaja indah malah begitu sesuai untuk pelbagai aktiviti berteraskan adventure sports. Hal Ini menggalakkan penyertaan pelancong yang mempunyai minat khas untuk datang dan mengalami sendiri aktiviti sukan dalam persekitaran yang begitu mencabar. Selain itu, Malaysia juga memiliki lebih daripada 250 padang golf di seluruh negara yang menjadi tarikan mereka yang menggemari sukan golf. Kualiti yang disediakan juga bertaraf antarabangsa.
Langkah seterusnya, kemudahan dan prasarana pengangkutan dan perhubungan di negara kita disediakan dengan perancangan yang baik untuk kemudahan pengguna. Sebagai contoh, keretapi laju (ETS) adalah salah sebuah projek pengangkutan yang berkaitan dengan bidang pelancongan ini. ETS yang jauh lebih laju daripada keretapi biasa dapat menarik pelancong untuk menaikinya untuk menuju ke destinasi berjarak jauh di Malaysia. Ia dapat menjimatkan masa para pelancong dan masa tersebut boleh digunakan untuk melakukan aktiviti pelancongan. Contoh dari Kuala Lumpur ke Padang Besar. Selain dari ETS, kemudahan bot ataupun feri dapat menarik bilangan pelancong untuk mengunjungi pulau-pulau peranginan yang terdapat di Malaysia ini. Contohnya, perkhidmatan feri ke Pulau Langkawi telah dinaiktarafkan dengan feri yang boleh membawa penumpang dengan kenderaan ke pulau tersebut. Dengan itu, ia lebih memudahkan pergerakan para pelancong kerana mereka tidak perlu untuk menyewa kenderaan lagi ketika berada disana (Johan M., 2015).

7.         KESIMPULAN
Pelbagai langkah dapat dirancang dan dilaksanakan untuk menaikkan industri pelancongan Malaysia. Semua pihak tidak kira kerajaan, swasta mahupun orang persendirian haruslah membantu mempromosikan Malaysia sebagai salah satu destinasi pelancongan yang hebat. Jika tidak, segala keunikan dan kehebatan kepelbagaian budaya kaum-kaum di negara ini akan menjadi sia-sia dan tidak dapat diketengahkan untuk dinikmati oleh pelancong tempatan dan luar negara.
Konklusinya, industri pelancongan terbukti mendatangkan pelbagai faedah kepada pembangunan negara. Justeru, semua pihak perlu berganding bahu bagi memastikan impian negara untuk menjadi sebuah destinasi pelancongan utama di dunia dan rantau ini terus subur. Selain itu, sumbangan sektor ini dari segi penjanaan hasil, amat menggalakkan. Pelancongan adalah satu industri yang sangat penting untuk jangka masa pendek mahupun jangka masa panjang.
Oleh itu, dapat disimpulkan sektor pelancongan memainkan peranan yang penting dalam perkembangan ekonomi sesebuah negara. Usaha-usaha dan pelbagai strategik daripada pelbagai pihak penting untuk memperkasakan industri pelancongan di mata dunia dan seterusnya mengukuhkan kedudukan industri pelancongan di Malaysia dipersada antarabangsa.

RUJUKAN

Foo J., (2011). Sistem Tagal dalam Industri Pelancongan: Manfaat Kepada Komuniti. Malaysia Journal of Society and Space, 7(1), 14-15.          
Jahi, j. M. (2009). Pembangunan Pelancongan dan Impaknya terhadap Persekitaran Fizikal Pinggir Pantai. Malaysian Journal of Environmental Management , 71-88. 
Johan M. (2015). Industri Pelancongan Malaysia Masih Berdaya Saing. Diambil dari  https://www.mier.org.my/newsarticles/archives/pdf/musalmah28_4_2015.pd
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. (2013). Tabung Pembangunan Infrastruktur Pelancongan. Diambil dari http://www.motour.gov.my/muat-turun-borang/doc_view/26-borang-permohonan-lesen-tambahan.raw?tmpl=component
Ling, N. G. (2012). Faktor yang mempengaruhi kunjungan ulangan pelancong. Malaysian Journal of Science and Space , 1-11.  
Majed M.J. (2015, Jun 12). Cabaran Industri Pelancongan Negara. Utusan Online, Diambil dari http://www.utusan.com.my/rencana/cabaran-industri-pelancongannegara-1.101769
Mathieson, A. & Wall, G. 1982. Tourism: Economic, Physical and Social Impacts. New York: Longman.
Salleh, N. H. (2016). Analisis Keperluan Tenaga Manusia dalam Industri Pelancongan di Malaysia. Malaysian Journal of Mathematical Sciences , 161-174. 
Sinar Online (2014, April 17). Insiden MH370 Jejas Ketibaan Pelancong China. Diambil dari http://www.sinarharian.com.my/nasional/insiden-mh370-jejas-ketibaanpelancong-china-1.271606
Sufian Mohd Sharip. (2016, Julai 28). Tahap Pembangunan Industri Pelancongan di ambil dari http://sufianblogindustripelancongan.blogspot.my/2016/07/tahap-pembangunan-industri-pelancongan.html
United Nations. 1995. Guidelines on environmentally sound development of coastal tourism. New York: United Nations.
Yahya R. (2009). Industri Pelancongan Di Malaysia. Diambil dari http://ramlibinyahya.blogspot.my/2009/07/industri-pelancongan-di-malaysia.html



[1] Persidangan Tahunan Ke-35 Persatuan Pelancongan Kawasan Pasifik (PATA) ini  merupakan  kali  kedua  diadakan  di  Malaysia  sejak  1972  ini,  telah  disiarkan  secara  langsung  oleh  Radio  dan  Televisyen  Malaysia  (RTM)  ke  seluruh  negara
[2] Diakses pada 15 November 2016 di laman sesawang http://www.theborneopost.com/2014/06/18/insiden-penculikan-di-sabah-jejas-kedatangan-pelancong-china/
[3] Diakses pada 16 November 2016 dilawan sesawang https://www.mier.org.my/newsarticles/archives/pdf/musalmah28_4_2015.pdf mengenai Industri Pelancongan Malaysia Masih Berdaya Saing oleh Musalmah Johan. Pegawai Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) Industri Pelancongan Malaysia Masih Berdaya Saing oleh Musalmah Johan. Pegawai Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER)